Selasa, 09 Juni 2009

ciri-ciri lelaki yang di sukai wanita

# Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
# Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
# Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
# Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
# Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
# Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
# Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
# Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
# Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
# Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
# Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
# Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
# Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
# Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
# Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
# Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
# Lelaki yang mau menerima kenyataan dan selalu memandang serta memikirkan apa yang ada di hadapanya sekarang
# Dan yang paling neh, JUJUR & SETIA,Ok?????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar